Penglibatan politik Pericles

Penglibatan awal

Pada musim bunga 472 SM, Pericles mempersembahkan tragedi The Persians oleh Aeschylus sebagai sebuah liturgi dan membayangkan dirinya sebagai salah satu daripada golongan kaya-raya Athens.[9] Simon Hornblower mempertikai bahawa pemilihan Pericles tragedi yang mempersembahkan gambaran nostalgik berkenaan dengan kejayaan Themistocles dalam Pertempuran Salamis menunjukkan bahawa beliau menyokong Themistocles yang menentang musuh politiknya, Cimon yang pernah membuang Themistocles tidak lama selepas itu.[10]

Plutarch berkata bahawa Pericles merupakan negarawan Athens yang muncul selepas 40 tahun. Oleh itu, Pericles mengambil jawatan kepimpinannya pada 460-an SM, ketika umur awal atau pertengahan 30-an. Ketika ini, beliau berusaha untuk melindungi privasinya dan mempamerkan diri sebagai teladan terhadap rakyatnya. Beliau lazimnya mengelakkan diri daripada menghadiri jamuan untuk hidup secara berjimat cermat.[11][12]

Pada 463 SM, beliau ialah pendakwa kepada Cimon, ketua puak konservatif yang didakwa kerana mengabaikan kepentingan Athens terhadap Macedon.[13] Meskipun dibebaskan, konfrontasi ini membuktikan bahawa musuh politik Pericles adalah terancam.[14]

Pembuangan Cimon

Pada 461 SM, kepimpinan parti demokrasi membuat keputusan untuk meyasarkan Areopagus, sebuah majlis tradisional yang dikawal oleh golongan aristrokat Athens yang pernah menjadi badan terkuat di negeri. Ketua parti serta mentor Pericles, Ephialtes merancang untuk mengurangkan pengaruh kuasa Areopagus. Ecclesia, dewan perhimpunan Athens menggunakan Ephialtes tanpa sebarang halangan. Reformasi ini mengasaskan sebuah zaman baharu "demokrasi radikal".[15]

Pada tahun ini, Pericles berjaya membuang Cimon dari Athens dengan alasan bahawa Cimon mengkhianati Athens dengan berpihak terhadap Sparta.[16]

Pembunuhan Ephialtes pada tahun ini juga memberi ruang kepada beliau untuk memperkukuh penguasaannya. Tanpa sebarang halangan selepas pembuangan Cimon, parti demokrasi yang tidak dapat dihalang menjadi pemerintah unggul Athens. Beliau kekal berkuasa hingga kematiannya pada 429 SM.

Rujukan

WikiPedia: Pericles http://www.nipissingu.ca/department/history/MUHLBE... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?lookup=... http://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perse... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p070849935 http://content.cdlib.org/xtf/view?docId=ft2p30058m... http://isni.org/isni/0000000118277540 http://encyclopedia.jrank.org/PAS_PER/PERICLES_49o... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut...